Munakahat

Pendahuluan
Munakahat ertinya pernikahan atau perkahwinan.
Islam menetapkan sistem tertentu dalam perkahiwinan.
Ada meminang, akad nikah, mahar, talak, fasah, khulu’, hadhanah, mut’ah, iddah dan sebagainya.
Tujuannya untuk menjaga kesucian keluarga.
Melalui pernikahan ini akan terbentuk keluaraga seterusnya masyarakat yang akhirnya membentuk negara.
Pasangan yang bernikah perlulah mempelajari ilmu kekeluargaan Islam.
Untuk mendekati isteri perlulah membaca doa-doa tertentu supaya tidak dimasuki syaitan. Jika bercampur dengan syaitan maka akan jadilah anak-anak manusia syaitan yang menyeru kejahatan dan menghalang kebaikan.
Itulah sebabnya Rasulullah SAW menyuruh pilih pasangan kerana agama bukan kerana kekayaan atau kecantikan.
Sebelum bernikah selidiki lebih dahulu berkenaan dengan solatnya, akhlaknya, pergaulannya yang maklumat itu didapati dari orang lain.

Berbahagialah orang yang mendapat pasangan yang kuat berpegang kepada agama.